BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 31, 2010

Dakwat yang Tidak Pernah Kering ialah Doa dan Harapan

" Masa yang berlalu adalah sejarah. Hari ini adalah perjalanan. Hari esok adalah harapan. Selamat tinggal 2010. Selamat datang 2011. Seiring perginya kenangan. Seiring itulah jua kita menyambut harapan. Selamat tinggal kenangan. Selamat datang harapan. "


Hari ini adalah merupakan hari terakhir dalam kalendar tahun 2010. Hari ini adalah merupakan hari terakhir dalam kalendar tahun 2010. Selalunya, aku akan keluar bersama rakan - rakan ku. Namun, kali ini biasa saja. 

Banyak kenangan jika diimbas kembali pada tahun 2010. Namun, sedikit sebanyak konklusi yang dapat Aku "describe"kan ialah kenangan yang penuh dengan suka duka dan dugaan.Alhamdulillah, 2010 tahun gemilang bagi Aku. Aku menamatkan zaman "single" pada 16 JANUARI 2010. Pastinya, kedatangan Tahun 2011 nanti bakal ditempuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Moga-moga  Aku akan terus tabah. Insyaallah.

Selalunya, reaksi segelintir masyarakat akan bertanya adakah azam kita pada tahun ini tercapai bukan? Herm, itu sudah pasti. Namun kalau kalian tanya pada diriku atau aku sendiri yang bertanya kepada diri ini, jawapanku ialah "Impianku Masih dalam Perhitungan." Pada awal tahun dahulu, azam Aku ialah mahu berusaha sedaya mungkin dan memperoleh sekurang-kurangnya 3.5 pointer ke atas dalam perperiksaan. Aku juga telah berusaha dan hasilnya masih belum kuketahui. Insyaallah, pada bulan 3 nanti keputusan akan keluar dan sama-sama kita lihat hasilnya nanti OK? Ketika itulah nanti perjalanan Aku akan dicorak menerusi keputusan perperiksaanku. Harapan yang terbaik semoga Aku mendapat tempat di IPTA dan menyambung pengajianku di peringkat ijazah. Amin.

Apabila 2010 melabuhkan tirainya, kita buka lembaran buku yang baru. Apakah yang hendak kita isikan di dalam buku itu? Ibarat kita tidak suka melihat buku latihan kita diconteng oleh rakan-rakan dan adik-adik kita yang masih kecil? Begitu juga kita harapkan dengan buku amalan kita itu. Hendaknya apa yang kita dicatatkan adalah yang baik-baik belaka. Amalan-amalan yang baik yang dapat diterima oleh Allah.

Semoga menjadi insan yang cemerlang! Bersama-samalah kita saling mengingati. Hanya harapan dan doa sahaja yang kita harus laksanakan. Itulah dakwat yang tidak pernah kering. Wallahualam.


0 comments: