BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 28, 2011

Kerang rebus


Kerang rebus adalah antara benda favourite untuk dimakan ..Selalunya beli dalam 1/2 kilo camtu...

Camna nak hilangkan bau kekerangan tu? Ha!  guna serai je...Kebaikan makan kerang ni untuk tambah darah...Keburukan masa makan ni ialah tak dapat detect mana kerang yang busuk...huaaa!!!
Pencicah dia? Kicap manis + cili api + bawang + garam...Mmmm..best !!!

Nota  :  Kerang ni haiwan yang tak boleh berenang jadi kalau dia duduk di tempat tercermar maka dia menyerap la semua benda2 tercemar gak...jadi takleh la makan kerap sangat.

Pemeriksaan bulanan ibu mengandung

Lawatan Pertama
Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.

Lawatan Kedua
Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan memeriksa uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.

Lawatan Ketiga
Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20. Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:
  • Air kencing
  • Tekanan darah
  • Berat badan
  • Ujian darah (diambil dari vena pada lengan ibu)
  • Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)
Lawatan Keempat
Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut:
  • Air kencing
  • Tekanan darah
  • Berat badan
Lawatan Kelima
Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam
Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan dilakukan ke atas anda.

Lawatan Ketujuh
Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.

Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali
Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba.

~10 perkara perlu dielak ketika hamil~

1. Aspirin – akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

2. Alkohol – meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.

3. Litium – ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

4. Vitamin A – jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.

5. Tetrasaiklin – sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

6. Ubat penahan sakit – boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

7. Rokok ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

8. Hentikan kegiakan lasak – seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

9. Minuman tertentu – kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.

10. Makanan – makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.

Saturday, January 22, 2011

Doa Kekasih

Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan

Ya Allah
Ya Tuhanku yang maha mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan Merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya
Dan

Ya Allah yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdir Mu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buat ku
Kerana Engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini

Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
Amin&Ya Rabbal Alaminn
Jika aku jatuh hati
... BismillahYa Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu... ..

Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu... .

Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu... .

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu... ... .

Amin... 



Friday, January 21, 2011

Cramp legs during pregnancy

Salam....


This morning, as i was asleep, suddenly when i moved my body to the left side, my right leg suddenly went CRAMP!





Monday, January 17, 2011



Untuk gula karamel:
- 1 cawan gula
- 1 cawan air


Untuk adunan puding

- 1 tin susu cair (boleh jugak nak tukar ngan fresh milk)
- 4-5 biji telur 
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 3 sudu kecil gula ( kalau sapa suka manis ley lebihkan sket tapi jgn lebih banyak sgt coz gula karamel tu da manis .. nant kena diabetes = P)


Directions

1 - Mula-mula buat gula karamel tu .. Cairkan gula dengan api sederhana .. gula nie kena kacau selalu sampai la suma gula tu cair n jadik warna coklat. Jangan sampai gula tu over hangus or terover pucat ..nanti karamel tak cantik n rasa pun tak sedap .. =)

2 - Bila da tukar warna coklat, perlahankan api n terus masukkan air (prepare air tu siap2 kat tepi). take care tau masa masukkan air ni .. nanti gula tu meletop ..=)

3 - Lepas da masuk air, besarkan semula api n kacau2 sampai gula dan air tu larut sebati. 

4 - Kemudian masukkan gula karamel tu kat dasar acuan / loyang untuk dibakar (bekas tahan panas). Sejukkan dulu pada suhu bilik then keraskan karamel nie dalam peti beku tu .. 
sambil tunggu tu kita buat adunan puding ...

1 - Masukkan je semua bahan untuk puding dalam pengisar (blender) or pengadun (mixer).

2 - Kemudian adunkan bahan2 tu sekejap jek ..  supaya bahan tu tersebati. Jangan sampai kembang ...ketepikan then tunggu sekejap sampai gula sejuk sikit.

3 - Sementara tu, sediakan dulang pembakar yang diletakkan air di dalam oven (alamak tak tau la pe nama teknik nie .. heh)

4 - Bila da ok, perlahan-lahan tuang adunan puding dalam acuan gula karamel tadi. 

5 - Masukkan dalam oven yang beralas dulang pembakar yang ada air tadi dan bakar dengan suhu 160-180 darjah celcius, lebih kurang 40 minit. 

6 - Then tunggu sambil tengok tv ..= D

7 - Bila da cukup 40 minit try cucuk ngan garfu tgk da masak ke tak .. hahaa .. klu dah kompem masak then sejukkan sekejap pada suhu bilik.

8 - Bila da sejuk, terbalikkan puding ni pada dulang yang leper (better keluarkan dulu air gula karamel tue supaya senang nak terbalikkan) 

9 - Sejukkan dalam peti ais .. sila menunggu dengan sabar ...

10 - nyum2 yummy!! jom makan .. = D

Sunday, January 16, 2011

.: Persediaan Semasa Mengandung :.

Pentingnya Pemeriksaan Darah Semasa Hamil
(Dapat memberikan gambaran sebenar tentang status kesihatan ibu)
Terdapat 5 perkara utama mengapa penting ibu hamil perlu membuat pemeriksaan darah.
  1. Mengesan penyakit tersembunyi
  2. Mengesan carrier-status (pembawa penyakit)
  3. Mengetahui jenis darah (blood group)
  4. Mengesan masalah melibatkan sel darah contoh thalasemia dan leukemia
  5. Mengesan antigen dan antibodi ibu
Mengesan Penyakit Tersembuyi:
Hepatitis B
Hepatitis adalah penyakit keradangan hati. Penyakit ini menyebabkan kerosakan hati atau kanser hati. Ia boleh dijangkiti secara tiba-tiba atau secara perlahan-lahan. Tanda-tanda jangkitan Hepatitis B yang berlaku secara tiba-tiba anda akan terus:
  • Deman selsema, keletihan, lemah anggota badan, sakit sendi atau otot serta sakit kepala
  • Sakit pada bahagian atas abdomen kanan
  • Mual, muntah-muntah dan cirit birit
  • Kekuningan pada kulit atau mata
  • Bengkak pada bahagian abdomen
  • Warna najis yang pucat dan warna air kencing yang gelap
Namun bagi yang terkena jangkitan secara perlahan-lahan, ia jarang menunjukkan sebarang simpton.
Cara ia merebak:
  • Perkongsian jarum suntikan dengan mereka yang dijangkiti virus
  • Hubungan seks dengan orang yang dijangkiti
  • Menggunakan perkakas makanan atau barang peribadi daripada orang yang dijangkiti virus ini

 Hanya terdapat vaksin untuk mencegah.
AIDS (HIV)
AIDS merupakan masalah disebabkan oleh Virus HIV 1 dan 2. Ia merebak melalui darah dan cecair badan (bukan air liur). AIDS ini berjangkit melalui melalui:
  1. Hubungan seksual
  2. Hubungan homoseksual
  3. Berkongsi jarum suntikan
  4. Pemindahan darah atau plasma
Gejala AIDS:
  1. Berat badan menurun
  2. Kelenjar-kelenjar pada badan membengkak
  3. Mudah batuk, selsema dan jangkitan paru-paru
Rawatan:
Oleh kerana AIDS ini menyerang sistem imuniti tubuh, tiada antibodi boleh melawan virus ini. Setakat ini tiada vaksin atau pelalian ditemui untuk merawat AIDS.
SIFLIS
Penyakit yang mudah berjangkit tetapi boleh dirawat. Ujian mengesan siflis ini dipanggil ujian VDRL. Cara ia merebak:
  1. Melalui cecair badan termasuklah darah, air mani dan air liur
  2. Melakukan hubungan dengan orang yang dijangkiti virus ini
  3. Berkongsi perkakas makanan atau barang peribadi
Tanda-tanda anda dijangkiti adalah seperti demam, badan letih dan lesu. Terdapat kudis pada kemaluan, berair dan pedih dan ada kalanya terasa sangat gatal.
Rawatan:
Ia perlu dirawat dengan segera dengan menggunakan ubat jenis penisilin. Sekiranya seorang ibu hamil tidak menerima rawatan yang sepatutnya boleh menyebabkan bayi dalam kandungan menjadi cacat pada otak dan saraf.
Mengesan Carrier-Status (Pembawa Penyakit)
Terdapat beberapa kes di mana seorang ibu yang membawa virus tetapi pertahanan badannya berjaya menyekat virus daripada menyerangnya. Keadaan ibu yang mempunyai virus tersebut adalah sihat tetapi ia berupaya menyebarkan virus itu kepada orang lain. Jadi ibu tersebut perlu dipantau dan diberikan vaksinansi dan beliau akan diajar cara untuk menghalang penyakit ini daripada berjangkit.
Mengetahui Jenis Darah (Blood Group)
Terdapat 5 jenis darah iaitu A,B, O dan Reshus positif dan negetif. Darah posiitif dan negetif saling bertindak balas dan boleh memusnahkan kandungan. Sekiranya didapati darah ibu dan janin berlainan jenis, jenis darah ibu akan dikenalpasti awal untuk memudahkan pihak hospital menguruskannya sekira perlu dilakukan pemindahan darah.
Mengesan Masalah Yang Melibatkan Sel Darah (Kesan Penyakit Dalam Darah Ibu)
Ini lebih dikenali sebagai mengesan penyakit keturunan. Iaitu ia bergantung kepada genetik sesebuah keluarga. Sebagai contoh Thalasemia atau Sickel-Sel Anemia merupakan penyakit keturunan. Tanda-tanda:
  1. Ibu menjadi pucat dan kurang darah biarpun beliau menjaga pemakanannya dengan sempurna
  2. Sakit pada bahagian kanan atas perut akibat pembocoran limpa
  3. Sering pitam
  4. Pendarahan gusi dan lain-lain
  5. Ibu sering demam dan tidak sihat
Rawatan:
Pemberian ubat-ubatan yang bersesuaian. Jika perlu terpaksa melakukan pemindahan darah dan harus membuat pemantauan keadaan bayi dalam kandungan dari masa ke semasa.
Mengesan Antigen Dan Antibodi Dalam Darah
Antigen dan Antibodi adalah 2 perkaitan yang bermaksud protein dalam darah yang memberikan perlindungan kepada tubuh.
.: Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung :.
Lawatan Pertama
Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.
Lawatan Kedua
Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.
Lawatan Ketiga
Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20, Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:
  1. Air kencing
  2. Tekanan darah
  3. Berat badan
  4. Ujian darah ( diambil dari vena pada lengan ibu)
  5. Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)
Lawatan Keempat
Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut:
  1. Air kencing
  2. Tekanan darah
  3. Berat badan
Lawatan Kelima
Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam
Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Keduaakan dilakukan ke atas anda.

Lawatan Ketujuh
Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.

Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali
Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba.


SURAH AMALAN UNTUK IBU MENGANDUNG

Aku ada terbaca dekat satu blog nie pasal surah amalan untuk ibu-ibu mengandung.. tak ingat plak blog sapa.. apa kata korang yang sedang mengandung tu pun cuba amalkan.. mudah-mudahan usaha kita ini diberkatiNya.. amin


1) Surah Yassin – memudahkan ibu bersalin, memakbulkan doa
2) Surah Maryam – memudahkan ibu bersalin, untuk anak yang sabar dan taat
3) Surah Luqman untuk anak cerdas fikiran, bijak
4) Surah Yusuf – untuk anak cantik rupa dan akhlak
5) Surah Hujurat – untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak yg berhati-hati
6) Surah An-Nahl untuk anak yang berdisplin
7) Surah Taubah – untuk membersihkan jiwa


kalo korang ada surah-surah atau amalan doa yang lain lagi bolehlah kita kongsikan bersama yer..


" sharing is caring kan?"


:)

Saturday, January 15, 2011

Takdir Yang Menentukan :)





****


Salam

Hari tok hari Sabtu
Pagi tadik ada motivasi kat kolej kol 10 pg sampey 1 ptg
Abis motivasi ya, aku pergi jumpa mentor
Nak nanyak & madah perkara yg sepatutnya

Tapi
Lepas jak sesi nanyak & madah ya tek
Alu aku rasa frust gilak2
Lom penah gik rasa frust camya
Huhu
Tauk x pahal???
Mentor aku suruh aku extend praktikal
Uwaaaaaaaaaaaa!!
Nya madah nya xmaok papa berlaku ngan aku dalam masa aku tengah praktikal ya
Kita xtauk kelak apa yg akan berlaku
Mun maok juak, doa banyak2 supaya baby lahir awal lak dapat pegi praktikal
X perlu extend2
Adakah??!!

Tapi mun dah nya madah cmya xpalah nak
Gne nak molah
Gik pun ya pun maybe jalan yang terbaik juak utk aku & baby
Pasrah & redha jak aku
Extend pun extend la
Janji benda ya x memudaratkan kesihatan
Kan3?
Hmm

Friday, January 14, 2011

DIZZY

OOOUUUUUUUUUUUCCCCCCCCCHHHHHHHHHHH!!

MORNING SICKNESSSSSSSSS!!!

REALLY2X HATE IT!!

xdapat nak makan minum
pening 
mual
muntah

INSOMNIA

banyak dah kuliah yang aku x pegi gara2 morning sickness ya
sampey ada miss ya moha
madah nak drop subjek aku ndah
aisyyhh
gne la gaya
bukan aku suka2x nak x mok turun klas
nak madah pun serba salah

***

padah x ow?
dilemma na eh
mun nak madah lak
coma2x x disuroh cdak pegi praktikal
EXTEND
syg la cmya
XMOK XMOK XMOK
dah alang2 nak abis taun tok

tapi dlm masa yg sama juak Mr. Hubby x suroh pegi juak
nya madah bahaya klak
kan course kmk org ya psl makmal perubatan
byk handle bhn kimia, dak bakteria pa smua

xhal extend asal kesihatan x terjejas
hurmm 
:(