BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 3, 2011

Lifes always be like ...

ada sesetengah perkara memang perlu dikesali dalam hidup. sebab manusia adalah tidak sempurna dan selalu melakukan kesalahan. kalau lah saya boleh pusingkan balik waktu. saya nekad saya takkan buat perkara yang paling annoying dan paling-paling saya kesali dalam hidup itu. tak perlu la berleter panjang tapi setiap kali pun tengok gamba lama kau terpana sesalkan diri sendiri.

'the past is past'.yee. semua orang tahu kot. but for me lah. a part of my past is sesuatu yang i paling regret dalam hidup. A part occay. so people. bukan semua nyer dalam hidup aku aku nak sesalkan. sebagai contoh. berkahwin muda dan beranak muda. this things is the best thing that ever had happend in my life kot. having a husband n a baby. sapa sangka dalam usia semuda 22tahun aku dah berkahwin dan 23tahun beranak satu. jadi saya tak penah menyesal kawin muda dan ada anak time most of my BFF was mengadap buku nak final exam. *sigh. tapi fun apa ada anak time 23 tahun. sangat teruja sebab anak membesar bersama.hee. :P jangan pulak pasni aku dicop.'arghh. kosemua nak menyesal. benda dah lepas.lepaslah'. itu kau. aku tak tahu dan taknak amek tahu.' heee. jangan marah. analogy sajer.

tapi a regret part that i SUPERB regret sampai mati dan sampai tak terucap.*padahal memang taknak cerita  pun because of ashamed on me. penah jugak at one time terasa macam' macam mana kalo aku tak bla.bla.bla./ macam mana kalo aku tak kenal dia/ macam mana kalo aku tak did the damn thing.' tapi itu lah percaturan ALLAH. mungkin ALLAH punya rencana yang tersendiri. 

mesti korang dok curious menatang menda la kan aku dah buat. hehe. saya taknak cerita la. kalo dah sesal tu takkan nak suh korang join sekali tahu benda yang aku sesalkan. hee. nampak sangat tak cool.muahahaha. occay benda ni takda kaitan ngan sapa-sapa occay. this my own life. my personal life.but let by gone be by gone. amek yang jernih buang yang keruh. hah. *sila beli Bio Aura supaya cepat ilang yang keruh-keruh tu. keh3. gurau senda pagi rabu yang lemau lagi liat ini.

im happy with my life sekarang. taknak turn back. taknak turn around. cuma sekali-sekala pandang jugak kebelakang supaya sedar dimana saya berpijak. tidak lah dikata lupa diri kalo dah terbang nung ke awan.sekarang priority ialah anak dan keluarga. semoga perancangan keluarga akan membuahkan hasil before end of year.( bukan nak beranak lagi ! ) sama-sama doakan occay.

Sunday, May 1, 2011

Pembedahan LASIK.







Lasik atau 'laser in situ keratomileusis' adalah kaedah pembedahan refraktif (pembetulan masalah penglihatan) yang paling kerap dilakukan. Ia popular kerana ada banyak kebaikan berbanding teknik lain. Ini termasuk sedikit kesakitan dan keupayaan melihat dengan jelas secepat sehari selepas prosedur lasik.

Alat yang biasa digunakan ialah mikrokeratom untuk menghasilkan ‘flap’ atau bukaan pada kornea. Kini ada kaedah terbaru di mana ‘flap’ dibuat dengan menggunakan laser.

Kaedah Lasik membabitkan pakar bedah untuk mengubah bentuk kornea dengan menggunakan laser eksimer. Apabila bentuk kornea diubah, ia dapat berfungsi dengan lebih baik untuk memfokus cahaya ke dalam mata dan retina dan menyembuhkan kerabunan.

Apakah ciri individu yang sesuai untuk menjalani kaedah Lasik?
Cara terbaik untuk mengetahui kesesuaian anda ialah menjalani pemeriksaan terperinci dengan pakar mata. Syarat utama ialah berumur melebihi 18 tahun, mempunyai kesihatan yang baik dan kesihatan mata yang baik. Mereka yang hamil dan menyusu tidak sesuai kerana perubahan hormon menyebabkan ketidakstabilan status refraksi mata mereka.


Apakah jenis rabun yang dapat dirawat dengan Lasik?


Jenis rabun yang boleh dirawat adalah rabun jauh, dekat, astigmatsma atau silau.

Bolehkah Lasik merawat Presbiopia atau keperluan memakai cermin mata membaca selepas berumur 40 tahun?
Walaupun ada kaedah bagi keadaan ini, ia belum begitu berjaya dan tepat hasilnya. Namun bagi yang mempunyai rabun jauh, kaedah memberi monovision dapat mengatasi masalah presbiopia, di mana sebelah mata diperbetulkan untuk melihat jarak jauh dan sebelah lagi dirawat untuk melihat objek dekat. Bagaimanapun, tidak semua orang selesa dalam keadaan ini.

Berapa cepat seseorang yang menjalani Lasik dapat melihat dengan jelas tanpa cermin mata?
Kebanyakan pesakit dapat melihat sebaik saja selepas kaedah Lasik dan keesokannya individu itu dapat melakukan aktiviti biasa. Walaupun penyembuhan mata berlainan di kalangan pesakit, kebanyakannya mengalami perubahan dramatik beberapa hari selepas menjalani kaedah Lasik.

Apakah risiko Lasik?
Sememangnya ada risiko pada rawatan Lasik. Bagaimanapun, kemungkinan untuk mendapat kesan sampingan yang mengganggu penglihatan seperti dilaporkan di dalam kajian klinikal sangat sedikit. Harus diingat, berjuta-juta orang mendapat manfaat daripada Lasik.

Kesan sampingan yang mungkin berlaku ialah air mata kering, komplikasi flap ketika pembedahan, silau pada waktu malam dan pembetulan rabun yang kurang tepat.

Apakan kebaikan Lasik?
Lasik berjaya mengurangkan kebergantungan kepada cermin mata dan kanta lekap. Namun, kadar pemulihan kepada ketajaman penglihatan yang baik bergantung kepada kadar kerabunan dan kadar pemulihan mata seseorang.

Kemungkinan mendapat ketajaman penglihatan yang selamat untuk memandu adalah setinggi 96 hingga 99 peratus bergantung kepada kadar kerabunan.

Ini bererti seseorang tidak perlu cermin mata untuk aktiviti seperti memandu, bersukan, menonton televisyen, wayang atau bekerja dalam bidang yang memerlukan ketajaman penglihatan seperti polis dan bomba.

Adakah Lasik menyakitkan?
Kebanyakan pesakit berasa kurang selesa tetapi tidak sakit. Bagi kebanyakan orang, perasaan takut dan bimbang adalah lebih teruk daripada prosedur Lasik itu sendiri.

Ubat bius titis diletakkan ke dalam mata sebelum prosedur Lasik. Selepas prosedur Lasik, anda merasa seperti bendasing di dalam mata dan kurang selesa selama beberapa jam. Gangguan ini hilang selepas anda tidur beberapa jam. Anda diberi ubat titis untuk mencegah mata menjadi kering beberapa hari selepas prosedur Lasik.

Apakah kaedah terbaru Lasik?
Alat terbaru dalam pasaran ialah VisuMax Femtosecond yang menggunakan kaedah termoden, selamat dan kurang kesan sampingan. Ia menggunakan kaedah laser untuk menghasilkan ‘flap’ pada kornea sebelum Lasik dilakukan bagi merawat kerabunan.

Kaedah ini tepat dan lembut kepada tisu kornea. Trauma pada mata sangat minimum. Ini menghasilkan pemulihan mata yang cepat dan hasil rawatan rabun yang baik.



Prosedur : 








Bersama Prof Dr Muhaya Mohamad (Perunding Oftalmologi Perubatan Prince Court)

Friday, April 29, 2011


APA ITU KANSER RAHIM

Rahim adalah organ reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarnya janin ataupun kandungan. Rahim merupakan organ berbentuk buah pear dan terdiri dari bahagian badan (”uterine body”) dan bahagian pangkal rahim ( serviks). Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim adalah dipanggil istmus (lihat rajah). Bila disebut kanser rahim ianya merujuk kepada kanser yang terjadi ataupun berasal dari bahagian badan rahim.

Terdapat dua bahagian utama badan rahim iaitu selaput dinding rahim ataupun endometrium dan dinding rahim yang terdiri dari 3 lapisan otot dan stroma.

Kanser rahim terbahagi kepada beberapa kumpulan berdasarkan asal usul kanser itu (lihat rajah 16):

  1. Kanser yang berasal dari selaput dinding rahim dinamakan  Kanser Endometrium
  2. Kanser yang berasal dari otot dinding rahim  dinamakan Liomiosarkoma (Leiomyosarcoma)
  3. Kanser yang berasal dari kedua-dua komponen selaput dan dinding rahim dinamakan Karsinosarkoma (”Carcinosarcoma”)
  4. Kanser yang berasal dari stroma selaput rahim yang dinamakan ”Endometrial stromal sarcoma”

RISIKO MENGHIDAP KANSER ENDOMETRIUM

Kejadian kanser endometrium mempunyai kaitan yang rapat dengan pengedaran serta kandungan hormon wanita yang dipanggil estrogen. Wanita-wanita yang mempunyai kandungan hormon estrogen yang tinggi samada diperolehi dari dalam badan mereka sendiri ataupun dari ubat-ubatan yang diambil dari luar boleh terdedah kepada kemungkinan menghidap kanser endometrium.

Berikut adalah faktor-faktor risiko terjadinya kanser endometrium

a.  Kegemukan, wanita yang gemuk mempunyai simpanan hormon estrogen yang tinggi terutama
    di  lapisan lemak badan.
b.  Wanita yang sukar mendapatkan anak ataupun mandul.
c.  Wanita yang menghidap penyakit darah tinggi
d.  Wanita yang menghidap penyakit kencing manis
e.  Wanita yang mempunyai keturunan kanser wanita .
f.  Wanita yang mengambil ubat hormon Tamoxifen untuk rawatan kanser payudara juga  risiko menghidap kanser endometrium. Walau bagaimanapun manafaat yang diperolehi dari  mengambil ubat ini lebih besar dari mudharat kemungkinan mengidap kanser rahim.
g.  Wanita yang mengambil hormon estrogen yang  berpanjangan. Wanita yang putus haid perlu  mengambil hormon estrogen untuk memulihkan kesihatan badan mereka. Walau  bagaimanapun jika  sekiranya mereka masih lagi mempunyai rahim, hormon estrogen ini
 perlu diambil bersama hormon  progesteron. Kadar kejadian kanser rahim akan menjadi tinggi jika sekiranya mereka mengambil  hormon estrogen sahaja. Wanita yang ingin mengambil  hormon selepas putus haid perlu mendapat pandangan Pakar Sakitpuan.

Wednesday, April 27, 2011

Minggu Ke-20 Usia Kandunganku









Alhamdulillah telah masuk minggu ke-20 (lebih kurang 5 bulan) usia kandungan aku sekarang. Bermakna hanya tinggal separuh lagi tempoh mengandung yg akan aku lalui insyaAllah. Keputusan ujian darah aku tiada masalah. 


Hari Isnin yang lalu iaitu pada 25/4/11, aku telah menjalani imbasan ultrasound major untuk kandungan aku. Seronoknya, masa ujian imbasan aku dpt lihat anak di dalam rahimku. Sonographer telah membuat imbasan yang terperinci untuk melihat perkembangan anakku dari kepala sampai hujung kaki dan dari luar sehingga organ dalamannya. Alhamdulillah hasil ujian imbasan menunjukkan yang perkembangan anak dalam kandungan aku ok dan normal.


Jadi skrg ni aku perlu lebih byk berehat dan kurangkan berjalan2. Semoga segalanya berjalan lancar sehingga aku selamat melahirkan anakku pada masa yang sepatutnya nanti. Mohon sahabat2 tolong doakan kesihatan dan keselamatan aku serta anakku jugak ye.

Thursday, March 17, 2011

Kacang Tanah Goreng Pedas



Bahan-Bahan:

1 kg kacang tanah (goreng awal)
3 ulas bwg merah (kisar)
3 ulas bwg putih (kisar)
3 sudu besar cili kisar
4 sudu besar gula
garam
ajinomoto
2 sudu besar sos cili maggi
2 sudu besar minyak
2 sudu besar ikan bilis kering (goreng awal) 

Cara:

Panaskan minyak. tumis bwg merah dan putih sehingga keluar minyak.kemudian tumiskan lada dan masukkan gula. kacau sehingga keluar minyak dan kental kerana gula. jika kurang kental tambah sedikit gula lagi. kemudian masukkan kacang goreng gaul rata lagi dan masukkan ikan bilis dan sos cili. gaul dan akhir sekali masukkan bahan perasa garam dan ajinomoto.

Cadangan Hidangan:

Toskan minyak dan sejukkan kacang sebelum di masukkan kedalam bekas kedap udara.

Wednesday, March 16, 2011

Alahan Semasa Mengandung

Hmmm ... dah lama betul aku tak posting citer baru dalam blog ni ... oleh kerana ramai yg cari artikel pengalaman mengandung dan alahan semasa mengandung, maka rencana hari ni pun pasal alahan yg aku dapat semasa mengandung.


Sepanjang mengandung anak sulung ni, aku mengalami alahan kulit.



Di awal kandungan iaitu pada trimester pertama dan kedua, aku hanya mengalami alahan mengandung berupa gatal2 di bahagian kaki. Walaupun ia hanya meliputi kawasan yg kecil, namun kegatalan yg kurasai amat kuat dan sepanjang masa.

Pada mulanya aku anggap ia adalah penyakit kulit biasa, namun setelah 2 bulan berlarutan, alahan yg kurasai semakin teruk.

Jika dilihat dengan mata kasar, ia hanyalah seperti kudis yg bersaiz kecil.Saiznya lebih kurg 1cm x 1cm.

Tetapi, jika dilihat dengan secara halus, ia mempunyai banyak lubang2 kecil yg mana apabila aku menggaru atau memicitnya, akan setiap lubang2 itu akan mengeluarkan air.

Pada mulanya aku berasa sungguh takut lebih2 lagi apabila melihat begitu banyak lubang2 kecil tersebut. Aku dapat rasakan di dalam setiap lubang tersebut mengandungi beratus2 kuman yg sedia untuk memakan kulitku!

Setiap hari aku akan menggaru dengan kuat kawasan alahan tersebut hingga berdarah!

Apabila terjadi kudis, aku pasti akan mengopeknya. Ya, aku rasa aku seperti budak kecil yg selekeh dan tidak menjaga kebersihan. Aku begitu tertekan.

Suamiku begitu risau melihat keadaanku. Semestinya dia tidak menjangka bahawa kudis yg hanya sebesar bulatan kecil itu mampu membuatkan diriku begitu haru-biru!


Aku semakin risau tetapi aku tetap tidak boleh meninggalkan tabiat menggaru hingga berdarah.

Padaku, apabila aku menggaru, ia akan menjadi sakit dan apabila aku terasa sakit, barulah aku tidak rasa gatal.





Thursday, March 3, 2011

12 weeks:)



.: 2 Mac 2011 @ 12 weeks :.