BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 16, 2011

.: Persediaan Semasa Mengandung :.

Pentingnya Pemeriksaan Darah Semasa Hamil
(Dapat memberikan gambaran sebenar tentang status kesihatan ibu)
Terdapat 5 perkara utama mengapa penting ibu hamil perlu membuat pemeriksaan darah.
  1. Mengesan penyakit tersembunyi
  2. Mengesan carrier-status (pembawa penyakit)
  3. Mengetahui jenis darah (blood group)
  4. Mengesan masalah melibatkan sel darah contoh thalasemia dan leukemia
  5. Mengesan antigen dan antibodi ibu
Mengesan Penyakit Tersembuyi:
Hepatitis B
Hepatitis adalah penyakit keradangan hati. Penyakit ini menyebabkan kerosakan hati atau kanser hati. Ia boleh dijangkiti secara tiba-tiba atau secara perlahan-lahan. Tanda-tanda jangkitan Hepatitis B yang berlaku secara tiba-tiba anda akan terus:
  • Deman selsema, keletihan, lemah anggota badan, sakit sendi atau otot serta sakit kepala
  • Sakit pada bahagian atas abdomen kanan
  • Mual, muntah-muntah dan cirit birit
  • Kekuningan pada kulit atau mata
  • Bengkak pada bahagian abdomen
  • Warna najis yang pucat dan warna air kencing yang gelap
Namun bagi yang terkena jangkitan secara perlahan-lahan, ia jarang menunjukkan sebarang simpton.
Cara ia merebak:
  • Perkongsian jarum suntikan dengan mereka yang dijangkiti virus
  • Hubungan seks dengan orang yang dijangkiti
  • Menggunakan perkakas makanan atau barang peribadi daripada orang yang dijangkiti virus ini

 Hanya terdapat vaksin untuk mencegah.
AIDS (HIV)
AIDS merupakan masalah disebabkan oleh Virus HIV 1 dan 2. Ia merebak melalui darah dan cecair badan (bukan air liur). AIDS ini berjangkit melalui melalui:
  1. Hubungan seksual
  2. Hubungan homoseksual
  3. Berkongsi jarum suntikan
  4. Pemindahan darah atau plasma
Gejala AIDS:
  1. Berat badan menurun
  2. Kelenjar-kelenjar pada badan membengkak
  3. Mudah batuk, selsema dan jangkitan paru-paru
Rawatan:
Oleh kerana AIDS ini menyerang sistem imuniti tubuh, tiada antibodi boleh melawan virus ini. Setakat ini tiada vaksin atau pelalian ditemui untuk merawat AIDS.
SIFLIS
Penyakit yang mudah berjangkit tetapi boleh dirawat. Ujian mengesan siflis ini dipanggil ujian VDRL. Cara ia merebak:
  1. Melalui cecair badan termasuklah darah, air mani dan air liur
  2. Melakukan hubungan dengan orang yang dijangkiti virus ini
  3. Berkongsi perkakas makanan atau barang peribadi
Tanda-tanda anda dijangkiti adalah seperti demam, badan letih dan lesu. Terdapat kudis pada kemaluan, berair dan pedih dan ada kalanya terasa sangat gatal.
Rawatan:
Ia perlu dirawat dengan segera dengan menggunakan ubat jenis penisilin. Sekiranya seorang ibu hamil tidak menerima rawatan yang sepatutnya boleh menyebabkan bayi dalam kandungan menjadi cacat pada otak dan saraf.
Mengesan Carrier-Status (Pembawa Penyakit)
Terdapat beberapa kes di mana seorang ibu yang membawa virus tetapi pertahanan badannya berjaya menyekat virus daripada menyerangnya. Keadaan ibu yang mempunyai virus tersebut adalah sihat tetapi ia berupaya menyebarkan virus itu kepada orang lain. Jadi ibu tersebut perlu dipantau dan diberikan vaksinansi dan beliau akan diajar cara untuk menghalang penyakit ini daripada berjangkit.
Mengetahui Jenis Darah (Blood Group)
Terdapat 5 jenis darah iaitu A,B, O dan Reshus positif dan negetif. Darah posiitif dan negetif saling bertindak balas dan boleh memusnahkan kandungan. Sekiranya didapati darah ibu dan janin berlainan jenis, jenis darah ibu akan dikenalpasti awal untuk memudahkan pihak hospital menguruskannya sekira perlu dilakukan pemindahan darah.
Mengesan Masalah Yang Melibatkan Sel Darah (Kesan Penyakit Dalam Darah Ibu)
Ini lebih dikenali sebagai mengesan penyakit keturunan. Iaitu ia bergantung kepada genetik sesebuah keluarga. Sebagai contoh Thalasemia atau Sickel-Sel Anemia merupakan penyakit keturunan. Tanda-tanda:
  1. Ibu menjadi pucat dan kurang darah biarpun beliau menjaga pemakanannya dengan sempurna
  2. Sakit pada bahagian kanan atas perut akibat pembocoran limpa
  3. Sering pitam
  4. Pendarahan gusi dan lain-lain
  5. Ibu sering demam dan tidak sihat
Rawatan:
Pemberian ubat-ubatan yang bersesuaian. Jika perlu terpaksa melakukan pemindahan darah dan harus membuat pemantauan keadaan bayi dalam kandungan dari masa ke semasa.
Mengesan Antigen Dan Antibodi Dalam Darah
Antigen dan Antibodi adalah 2 perkaitan yang bermaksud protein dalam darah yang memberikan perlindungan kepada tubuh.
.: Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung :.
Lawatan Pertama
Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.
Lawatan Kedua
Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.
Lawatan Ketiga
Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20, Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:
  1. Air kencing
  2. Tekanan darah
  3. Berat badan
  4. Ujian darah ( diambil dari vena pada lengan ibu)
  5. Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)
Lawatan Keempat
Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut:
  1. Air kencing
  2. Tekanan darah
  3. Berat badan
Lawatan Kelima
Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam
Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Keduaakan dilakukan ke atas anda.

Lawatan Ketujuh
Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.

Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali
Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba.


SURAH AMALAN UNTUK IBU MENGANDUNG

Aku ada terbaca dekat satu blog nie pasal surah amalan untuk ibu-ibu mengandung.. tak ingat plak blog sapa.. apa kata korang yang sedang mengandung tu pun cuba amalkan.. mudah-mudahan usaha kita ini diberkatiNya.. amin


1) Surah Yassin – memudahkan ibu bersalin, memakbulkan doa
2) Surah Maryam – memudahkan ibu bersalin, untuk anak yang sabar dan taat
3) Surah Luqman untuk anak cerdas fikiran, bijak
4) Surah Yusuf – untuk anak cantik rupa dan akhlak
5) Surah Hujurat – untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak yg berhati-hati
6) Surah An-Nahl untuk anak yang berdisplin
7) Surah Taubah – untuk membersihkan jiwa


kalo korang ada surah-surah atau amalan doa yang lain lagi bolehlah kita kongsikan bersama yer..


" sharing is caring kan?"


:)