ada sesetengah perkara memang perlu dikesali dalam hidup. sebab manusia adalah tidak sempurna dan selalu melakukan kesalahan. kalau lah saya boleh pusingkan balik waktu. saya nekad saya takkan buat perkara yang paling annoying dan paling-paling saya kesali dalam hidup itu. tak perlu la berleter panjang tapi setiap kali pun tengok gamba lama kau terpana sesalkan diri sendiri.
'the past is past'.yee. semua orang tahu kot. but for me lah. a part of my past is sesuatu yang i paling regret dalam hidup. A part occay. so people. bukan semua nyer dalam hidup aku aku nak sesalkan. sebagai contoh. berkahwin muda dan beranak muda. this things is the best thing that ever had happend in my life kot. having a husband n a baby. sapa sangka dalam usia semuda 22tahun aku dah berkahwin dan 23tahun beranak satu. jadi saya tak penah menyesal kawin muda dan ada anak time most of my BFF was mengadap buku nak final exam. *sigh. tapi fun apa ada anak time 23 tahun. sangat teruja sebab anak membesar bersama.hee. :P jangan pulak pasni aku dicop.'arghh. kosemua nak menyesal. benda dah lepas.lepaslah'. itu kau. aku tak tahu dan taknak amek tahu.' heee. jangan marah. analogy sajer.
tapi a regret part that i SUPERB regret sampai mati dan sampai tak terucap.*padahal memang taknak cerita pun because of ashamed on me. penah jugak at one time terasa macam' macam mana kalo aku tak bla.bla.bla./ macam mana kalo aku tak kenal dia/ macam mana kalo aku tak did the damn thing.' tapi itu lah percaturan ALLAH. mungkin ALLAH punya rencana yang tersendiri.
mesti korang dok curious menatang menda la kan aku dah buat. hehe. saya taknak cerita la. kalo dah sesal tu takkan nak suh korang join sekali tahu benda yang aku sesalkan. hee. nampak sangat tak cool.muahahaha. occay benda ni takda kaitan ngan sapa-sapa occay. this my own life. my personal life.but let by gone be by gone. amek yang jernih buang yang keruh. hah. *sila beli Bio Aura supaya cepat ilang yang keruh-keruh tu. keh3. gurau senda pagi rabu yang lemau lagi liat ini.
im happy with my life sekarang. taknak turn back. taknak turn around. cuma sekali-sekala pandang jugak kebelakang supaya sedar dimana saya berpijak. tidak lah dikata lupa diri kalo dah terbang nung ke awan.sekarang priority ialah anak dan keluarga. semoga perancangan keluarga akan membuahkan hasil before end of year.( bukan nak beranak lagi ! ) sama-sama doakan occay.
Tuesday, May 3, 2011
Lifes always be like ...
Di bebel oleh .:. Choco Berry .:. at 5:54 PM 0 comments
Sunday, May 1, 2011
Pembedahan LASIK.
Lasik atau 'laser in situ keratomileusis' adalah kaedah pembedahan refraktif (pembetulan masalah penglihatan) yang paling kerap dilakukan. Ia popular kerana ada banyak kebaikan berbanding teknik lain. Ini termasuk sedikit kesakitan dan keupayaan melihat dengan jelas secepat sehari selepas prosedur lasik.
Alat yang biasa digunakan ialah mikrokeratom untuk menghasilkan ‘flap’ atau bukaan pada kornea. Kini ada kaedah terbaru di mana ‘flap’ dibuat dengan menggunakan laser.
Kaedah Lasik membabitkan pakar bedah untuk mengubah bentuk kornea dengan menggunakan laser eksimer. Apabila bentuk kornea diubah, ia dapat berfungsi dengan lebih baik untuk memfokus cahaya ke dalam mata dan retina dan menyembuhkan kerabunan.
Apakah ciri individu yang sesuai untuk menjalani kaedah Lasik?
Cara terbaik untuk mengetahui kesesuaian anda ialah menjalani pemeriksaan terperinci dengan pakar mata. Syarat utama ialah berumur melebihi 18 tahun, mempunyai kesihatan yang baik dan kesihatan mata yang baik. Mereka yang hamil dan menyusu tidak sesuai kerana perubahan hormon menyebabkan ketidakstabilan status refraksi mata mereka.
Apakah jenis rabun yang dapat dirawat dengan Lasik?
Jenis rabun yang boleh dirawat adalah rabun jauh, dekat, astigmatsma atau silau.
Bolehkah Lasik merawat Presbiopia atau keperluan memakai cermin mata membaca selepas berumur 40 tahun?
Walaupun ada kaedah bagi keadaan ini, ia belum begitu berjaya dan tepat hasilnya. Namun bagi yang mempunyai rabun jauh, kaedah memberi monovision dapat mengatasi masalah presbiopia, di mana sebelah mata diperbetulkan untuk melihat jarak jauh dan sebelah lagi dirawat untuk melihat objek dekat. Bagaimanapun, tidak semua orang selesa dalam keadaan ini.
Berapa cepat seseorang yang menjalani Lasik dapat melihat dengan jelas tanpa cermin mata?
Kebanyakan pesakit dapat melihat sebaik saja selepas kaedah Lasik dan keesokannya individu itu dapat melakukan aktiviti biasa. Walaupun penyembuhan mata berlainan di kalangan pesakit, kebanyakannya mengalami perubahan dramatik beberapa hari selepas menjalani kaedah Lasik.
Apakah risiko Lasik?
Sememangnya ada risiko pada rawatan Lasik. Bagaimanapun, kemungkinan untuk mendapat kesan sampingan yang mengganggu penglihatan seperti dilaporkan di dalam kajian klinikal sangat sedikit. Harus diingat, berjuta-juta orang mendapat manfaat daripada Lasik.
Kesan sampingan yang mungkin berlaku ialah air mata kering, komplikasi flap ketika pembedahan, silau pada waktu malam dan pembetulan rabun yang kurang tepat.
Apakan kebaikan Lasik?
Lasik berjaya mengurangkan kebergantungan kepada cermin mata dan kanta lekap. Namun, kadar pemulihan kepada ketajaman penglihatan yang baik bergantung kepada kadar kerabunan dan kadar pemulihan mata seseorang.
Kemungkinan mendapat ketajaman penglihatan yang selamat untuk memandu adalah setinggi 96 hingga 99 peratus bergantung kepada kadar kerabunan.
Ini bererti seseorang tidak perlu cermin mata untuk aktiviti seperti memandu, bersukan, menonton televisyen, wayang atau bekerja dalam bidang yang memerlukan ketajaman penglihatan seperti polis dan bomba.
Adakah Lasik menyakitkan?
Kebanyakan pesakit berasa kurang selesa tetapi tidak sakit. Bagi kebanyakan orang, perasaan takut dan bimbang adalah lebih teruk daripada prosedur Lasik itu sendiri.
Ubat bius titis diletakkan ke dalam mata sebelum prosedur Lasik. Selepas prosedur Lasik, anda merasa seperti bendasing di dalam mata dan kurang selesa selama beberapa jam. Gangguan ini hilang selepas anda tidur beberapa jam. Anda diberi ubat titis untuk mencegah mata menjadi kering beberapa hari selepas prosedur Lasik.
Apakah kaedah terbaru Lasik?
Alat terbaru dalam pasaran ialah VisuMax Femtosecond yang menggunakan kaedah termoden, selamat dan kurang kesan sampingan. Ia menggunakan kaedah laser untuk menghasilkan ‘flap’ pada kornea sebelum Lasik dilakukan bagi merawat kerabunan.
Kaedah ini tepat dan lembut kepada tisu kornea. Trauma pada mata sangat minimum. Ini menghasilkan pemulihan mata yang cepat dan hasil rawatan rabun yang baik.
Prosedur :
Bersama Prof Dr Muhaya Mohamad (Perunding Oftalmologi Perubatan Prince Court)
Di bebel oleh .:. Choco Berry .:. at 4:51 AM 0 comments
Friday, April 29, 2011
APA ITU KANSER RAHIM Rahim adalah organ reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarnya janin ataupun kandungan. Rahim merupakan organ berbentuk buah pear dan terdiri dari bahagian badan (”uterine body”) dan bahagian pangkal rahim ( serviks). Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim adalah dipanggil istmus (lihat rajah). Bila disebut kanser rahim ianya merujuk kepada kanser yang terjadi ataupun berasal dari bahagian badan rahim. Terdapat dua bahagian utama badan rahim iaitu selaput dinding rahim ataupun endometrium dan dinding rahim yang terdiri dari 3 lapisan otot dan stroma. Kanser rahim terbahagi kepada beberapa kumpulan berdasarkan asal usul kanser itu (lihat rajah 16):
RISIKO MENGHIDAP KANSER ENDOMETRIUM Kejadian kanser endometrium mempunyai kaitan yang rapat dengan pengedaran serta kandungan hormon wanita yang dipanggil estrogen. Wanita-wanita yang mempunyai kandungan hormon estrogen yang tinggi samada diperolehi dari dalam badan mereka sendiri ataupun dari ubat-ubatan yang diambil dari luar boleh terdedah kepada kemungkinan menghidap kanser endometrium. Berikut adalah faktor-faktor risiko terjadinya kanser endometrium a. Kegemukan, wanita yang gemuk mempunyai simpanan hormon estrogen yang tinggi terutama di lapisan lemak badan. b. Wanita yang sukar mendapatkan anak ataupun mandul. c. Wanita yang menghidap penyakit darah tinggi d. Wanita yang menghidap penyakit kencing manis e. Wanita yang mempunyai keturunan kanser wanita . f. Wanita yang mengambil ubat hormon Tamoxifen untuk rawatan kanser payudara juga risiko menghidap kanser endometrium. Walau bagaimanapun manafaat yang diperolehi dari mengambil ubat ini lebih besar dari mudharat kemungkinan mengidap kanser rahim. g. Wanita yang mengambil hormon estrogen yang berpanjangan. Wanita yang putus haid perlu mengambil hormon estrogen untuk memulihkan kesihatan badan mereka. Walau bagaimanapun jika sekiranya mereka masih lagi mempunyai rahim, hormon estrogen ini perlu diambil bersama hormon progesteron. Kadar kejadian kanser rahim akan menjadi tinggi jika sekiranya mereka mengambil hormon estrogen sahaja. Wanita yang ingin mengambil hormon selepas putus haid perlu mendapat pandangan Pakar Sakitpuan. |
Di bebel oleh .:. Choco Berry .:. at 6:45 AM 0 comments
Wednesday, April 27, 2011
Minggu Ke-20 Usia Kandunganku
Alhamdulillah telah masuk minggu ke-20 (lebih kurang 5 bulan) usia kandungan aku sekarang. Bermakna hanya tinggal separuh lagi tempoh mengandung yg akan aku lalui insyaAllah. Keputusan ujian darah aku tiada masalah.
Hari Isnin yang lalu iaitu pada 25/4/11, aku telah menjalani imbasan ultrasound major untuk kandungan aku. Seronoknya, masa ujian imbasan aku dpt lihat anak di dalam rahimku. Sonographer telah membuat imbasan yang terperinci untuk melihat perkembangan anakku dari kepala sampai hujung kaki dan dari luar sehingga organ dalamannya. Alhamdulillah hasil ujian imbasan menunjukkan yang perkembangan anak dalam kandungan aku ok dan normal.
Jadi skrg ni aku perlu lebih byk berehat dan kurangkan berjalan2. Semoga segalanya berjalan lancar sehingga aku selamat melahirkan anakku pada masa yang sepatutnya nanti. Mohon sahabat2 tolong doakan kesihatan dan keselamatan aku serta anakku jugak ye.
Di bebel oleh .:. Choco Berry .:. at 10:13 PM 0 comments
Thursday, March 17, 2011
Kacang Tanah Goreng Pedas
3 ulas bwg merah (kisar)
3 ulas bwg putih (kisar)
3 sudu besar cili kisar
4 sudu besar gula
garam
ajinomoto
2 sudu besar sos cili maggi
2 sudu besar minyak
2 sudu besar ikan bilis kering (goreng awal)
Di bebel oleh .:. Choco Berry .:. at 8:44 PM 0 comments
Wednesday, March 16, 2011
Alahan Semasa Mengandung
Hmmm ... dah lama betul aku tak posting citer baru dalam blog ni ... oleh kerana ramai yg cari artikel pengalaman mengandung dan alahan semasa mengandung, maka rencana hari ni pun pasal alahan yg aku dapat semasa mengandung.
Sepanjang mengandung anak sulung ni, aku mengalami alahan kulit.
Di bebel oleh .:. Choco Berry .:. at 8:40 PM 0 comments
Thursday, March 3, 2011
Tuesday, March 1, 2011
Apple Cake and Coffee
Samad : Apple Cake and Coffee..
Pelayan : Chicken or beef?
Samad : Apple Cake and Coffee..
Di bebel oleh .:. Choco Berry .:. at 2:38 AM 0 comments
Saturday, February 26, 2011
TIPS MENJAGA ANAK KUCING YANG BARU LAHIR
Di bebel oleh .:. Choco Berry .:. at 7:16 PM 0 comments
Friday, February 25, 2011
Kucing jejaskan kehamilan.
Ibu yang mengandung boleh mendapat jangkitan apabila menyentuh najis kucing. Jangkitan ini boleh juga timbul akibat memakan masakan yang tidak dimasak dengan sempurna.
Wanita yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di dalam kandungannya.
Apabila ibu dijangkiti dalam trimester (kehamilan berusia tiga bulan) pertama, sebanyak 15 peratus daripada bayi mereka turut dijangkiti berbanding 30 peratus semasa trimester kedua dan 60 peratus trimester ketiga.
Kesan akibat jangkitan adalah lebih teruk jika ia berlaku di peringkat awal mengandung. Adalah dianggarkan, satu dalam 10 daripada bayi yang dijangkiti mengalami toksoplasmosis yang teruk.
Mereka mendapat jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta, pembengkakan hati dan limpa, penyakit kuning dan jangkitan paru- paru. Sebahagian mereka mengalami kehilangan deria pendengaran.
Janin yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti palsi serebral dan sawan.
Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini.
Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosentesis dan ultrasound dilakukan untuk memastikan sama ada bayi dalam kandungan juga telah dijangkiti.
Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala-gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan. Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan.
Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.
Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar bayi-bayi yang tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan tidak akan tercicir daripada menerima rawatan khusus, jika mereka sebenarnya juga telah dijangkiti.
Ini kerana mereka mungkin dianggap sihat sehinggalah mereka mendapat jangkitan mata dan sebagainya setelah berusia beberapa bulan mahu pun beberapa tahun selepas dilahirkan.
Oleh kerana toksoplasmosis merupakan penyakit jangkitan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius, langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku.
* Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan
* Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak
* Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan
* Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.
Sebaik-baiknya, elakkanlah daripada membela kucing semasa mengandung, tetapi jika ini amat sukar untuk dilakukan, hendaklah berhati-hati dan mempraktikkan langkahlangkah pencegahan seperti di atas agar risiko jangkitan berada pada tahap minimum.
Di bebel oleh .:. Choco Berry .:. at 4:33 PM 0 comments
Wednesday, February 23, 2011
16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir
Di bebel oleh .:. Choco Berry .:. at 5:46 PM 0 comments
Friday, January 28, 2011
Kerang rebus
Di bebel oleh .:. Choco Berry .:. at 7:56 PM 0 comments
Pemeriksaan bulanan ibu mengandung
- Air kencing
- Tekanan darah
- Berat badan
- Ujian darah (diambil dari vena pada lengan ibu)
- Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)
- Air kencing
- Tekanan darah
- Berat badan
Di bebel oleh .:. Choco Berry .:. at 2:40 AM 0 comments