APA ITU KANSER RAHIM Rahim adalah organ reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarnya janin ataupun kandungan. Rahim merupakan organ berbentuk buah pear dan terdiri dari bahagian badan (”uterine body”) dan bahagian pangkal rahim ( serviks). Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim adalah dipanggil istmus (lihat rajah). Bila disebut kanser rahim ianya merujuk kepada kanser yang terjadi ataupun berasal dari bahagian badan rahim. Terdapat dua bahagian utama badan rahim iaitu selaput dinding rahim ataupun endometrium dan dinding rahim yang terdiri dari 3 lapisan otot dan stroma. Kanser rahim terbahagi kepada beberapa kumpulan berdasarkan asal usul kanser itu (lihat rajah 16):
RISIKO MENGHIDAP KANSER ENDOMETRIUM Kejadian kanser endometrium mempunyai kaitan yang rapat dengan pengedaran serta kandungan hormon wanita yang dipanggil estrogen. Wanita-wanita yang mempunyai kandungan hormon estrogen yang tinggi samada diperolehi dari dalam badan mereka sendiri ataupun dari ubat-ubatan yang diambil dari luar boleh terdedah kepada kemungkinan menghidap kanser endometrium. Berikut adalah faktor-faktor risiko terjadinya kanser endometrium a. Kegemukan, wanita yang gemuk mempunyai simpanan hormon estrogen yang tinggi terutama di lapisan lemak badan. b. Wanita yang sukar mendapatkan anak ataupun mandul. c. Wanita yang menghidap penyakit darah tinggi d. Wanita yang menghidap penyakit kencing manis e. Wanita yang mempunyai keturunan kanser wanita . f. Wanita yang mengambil ubat hormon Tamoxifen untuk rawatan kanser payudara juga risiko menghidap kanser endometrium. Walau bagaimanapun manafaat yang diperolehi dari mengambil ubat ini lebih besar dari mudharat kemungkinan mengidap kanser rahim. g. Wanita yang mengambil hormon estrogen yang berpanjangan. Wanita yang putus haid perlu mengambil hormon estrogen untuk memulihkan kesihatan badan mereka. Walau bagaimanapun jika sekiranya mereka masih lagi mempunyai rahim, hormon estrogen ini perlu diambil bersama hormon progesteron. Kadar kejadian kanser rahim akan menjadi tinggi jika sekiranya mereka mengambil hormon estrogen sahaja. Wanita yang ingin mengambil hormon selepas putus haid perlu mendapat pandangan Pakar Sakitpuan. |
Friday, April 29, 2011
Di bebel oleh .:. Choco Berry .:. at 6:45 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment