.: 2 Mac 2011 @ 12 weeks :.
Thursday, March 3, 2011
Tuesday, March 1, 2011
Apple Cake and Coffee

Samad yang tidak pandai berbahasa Inggeris berpindah ke New York kerana mendapat pekerjaan di sana.. Rakan-rakannya mengajarnya untuk cakap “Apple Cake and Coffee” (kek epal dan kopi) dalam bahasa Inggeris agar Samad dapat memesan makanan sendiri setiap hari..
Keesokan harinya, Samad ke sebuah restoran..
Pelayan : May I take your order please?
Samad : Apple Cake and Coffee..
Samad : Apple Cake and Coffee..
Kerana hanya itu yang dapat dikatakannya, Samad terpaksa memakan kek epal dan kopi setiap hari selama sebulan.. Ketika ia mengeluh pada rakan-rakannya, mereka mengajarnya untuk cakap “Meat and bread” pula..
Dengan berbekal tambahan kata-kata barunya, Samad masuk ke restoran yang sama dan terus memesan..
Samad : Meat and bread..
Pelayan : Chicken or beef?
Samad : Apple Cake and Coffee..
Pelayan : Chicken or beef?
Samad : Apple Cake and Coffee..
Akhirnya Samad terpaksa makan kek epal dan kopi lagi kerana dia tak paham apa yang pelayan tersebut tanya selepas dia memesan “meat and bread“..
Di bebel oleh .:. Choco Berry .:. at 2:38 AM 0 comments
Saturday, February 26, 2011
TIPS MENJAGA ANAK KUCING YANG BARU LAHIR

Anak kucing yang baru dilahirkan masih terlalu lemah untuk melawan sebarang penyakit. Oleh itu, anak kucing anda perlu mempunyai antibodi di dalam badan. Namun antibodi anak kucing selalunya diperolehi dari induknya sendiri iaitu melalui air susu ibunya. Kolostrum adalah cecair pra susu yang dihasilkan dari puting susu induk setelah melahirkan anak dalam masa 48 jam pertama. Air susu ini berwarna keputihan serta kental dan ia mengandungi protein antibodi, vitamin dan beberapa nutrisi seperti immunoglobin, lactoferrin, lactalbumin, glycoprotein, cytokine dan lain-lain yang berkesan untuk melawan virus seperti bakteria, kulat, alergi dan toksin.
Kolostrum mengandungi khasiat yang lebih tinggi daripada susu dan ia sebenarnya membekalkan faktor imun untuk menyokong kehidupan dan faktor pertumbuhan bagi menjamin kesihatan dan daya hidup kepada anak kucing anda yang baru lahir.Antibodi ialah proten yang berbentuk molekul besar yang akan berpecah menjadi kecil di dalam sistem pencernaan. Hanya setelah 24 jam tempoh air susu yang keluar kebiasaannya tidak akan mengandungi kolostrum lagi.
Oleh itu anak kucing yang baru di lahirkan harus diberikan susu segera supaya mendapat antibodi yang masih mengandungi kolostrum. Kemudian, barulah kita boleh memberikan vaksin untuk menggantikan antibodi melalui susu induknya. Untuk pengetahuan anda, tidak semua antibodi yang terdapat dalam kolostrum akan memberi kebaikan kepada anak kucing anda. Jika anak kucing yang mempunyai perbezaan jenis darah dengan induknya kolostrum ini boleh mengancam nyawa anak kucing.
Tempoh kekebalan antibodi dari kolostrum sebenarnya adalah bergantung kepada jumlah antibodi yang terdapat pada induk kucing. Oleh itu jika jumlah antibodi yang terdapat pada induk kucing adalah kurang, maka potensi kekebalan anak kucing juga adalah rendah. Antibodi dalam kolostrum juga dikenali sebagai antibodi maternal.
Antibodi maternal yang terdapat pada darah anak kucing akan berkurangan sedikit demi sedikit, dalam tempoh minggu ke 6 - 8. Oleh itu anak kucing sebaik-baiknya diberikan vaksin pada umur 9 minggu, agar anak kucing mempunyai kekebalan antibodi yang cukup untuk melawan sebarang penyakit dan seterusnya barulah anak kucing anda diberikan vaksin mengikut jadual.
Di bebel oleh .:. Choco Berry .:. at 7:16 PM 0 comments
Friday, February 25, 2011
Kucing jejaskan kehamilan.

Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kandungan. Ia berkait dengan sejenis parasit iaitu protozoa Toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan tanah.
Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui – toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada bayi di alam kandungan.
Ibu yang mengandung boleh mendapat jangkitan apabila menyentuh najis kucing. Jangkitan ini boleh juga timbul akibat memakan masakan yang tidak dimasak dengan sempurna.
Wanita yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di dalam kandungannya.
Apabila ibu dijangkiti dalam trimester (kehamilan berusia tiga bulan) pertama, sebanyak 15 peratus daripada bayi mereka turut dijangkiti berbanding 30 peratus semasa trimester kedua dan 60 peratus trimester ketiga.
Kesan akibat jangkitan adalah lebih teruk jika ia berlaku di peringkat awal mengandung. Adalah dianggarkan, satu dalam 10 daripada bayi yang dijangkiti mengalami toksoplasmosis yang teruk.
Mereka mendapat jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta, pembengkakan hati dan limpa, penyakit kuning dan jangkitan paru- paru. Sebahagian mereka mengalami kehilangan deria pendengaran.
Janin yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti palsi serebral dan sawan.
Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini.
Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosentesis dan ultrasound dilakukan untuk memastikan sama ada bayi dalam kandungan juga telah dijangkiti.
Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala-gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan. Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan.
Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.
Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar bayi-bayi yang tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan tidak akan tercicir daripada menerima rawatan khusus, jika mereka sebenarnya juga telah dijangkiti.
Ini kerana mereka mungkin dianggap sihat sehinggalah mereka mendapat jangkitan mata dan sebagainya setelah berusia beberapa bulan mahu pun beberapa tahun selepas dilahirkan.
Oleh kerana toksoplasmosis merupakan penyakit jangkitan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius, langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku.
* Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan
* Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak
* Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan
* Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.
Sebaik-baiknya, elakkanlah daripada membela kucing semasa mengandung, tetapi jika ini amat sukar untuk dilakukan, hendaklah berhati-hati dan mempraktikkan langkahlangkah pencegahan seperti di atas agar risiko jangkitan berada pada tahap minimum.
Di bebel oleh .:. Choco Berry .:. at 4:33 PM 0 comments
Wednesday, February 23, 2011
16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir
Di bebel oleh .:. Choco Berry .:. at 5:46 PM 0 comments
Friday, January 28, 2011
Kerang rebus
Kerang rebus adalah antara benda favourite untuk dimakan ..Selalunya beli dalam 1/2 kilo camtu...
Camna nak hilangkan bau kekerangan tu? Ha! guna serai je...Kebaikan makan kerang ni untuk tambah darah...Keburukan masa makan ni ialah tak dapat detect mana kerang yang busuk...huaaa!!!
Pencicah dia? Kicap manis + cili api + bawang + garam...Mmmm..best !!!
Nota : Kerang ni haiwan yang tak boleh berenang jadi kalau dia duduk di tempat tercermar maka dia menyerap la semua benda2 tercemar gak...jadi takleh la makan kerap sangat.
Di bebel oleh .:. Choco Berry .:. at 7:56 PM 0 comments
Pemeriksaan bulanan ibu mengandung
Lawatan Pertama
Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.
Lawatan Kedua
Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan memeriksa uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.
Lawatan Ketiga
Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20. Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:
- Air kencing
- Tekanan darah
- Berat badan
- Ujian darah (diambil dari vena pada lengan ibu)
- Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)
Lawatan Keempat
Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut:
- Air kencing
- Tekanan darah
- Berat badan
Lawatan Kelima
Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.
Lawatan Keenam
Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan dilakukan ke atas anda.
Lawatan Ketujuh
Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.
Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali
Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba.
Di bebel oleh .:. Choco Berry .:. at 2:40 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)





